
syirasyaheira96
5 tahun
Mengenal pasti penyakit
sy wanita dalam 20an… nk tanya kenapa sy berdiri dalam masa 20 minit or stgh jam sy rasa nak pitam… then tiba2 badan rasa sejuk… and rasa nak muntah… apa tanda2 penyakit itu?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda berikan boleh disebabkan oleh:
- Anemia - kurang sel darah merah
- Hipotensi postural - akibat bangun terlalu cepat, dehidrasi
- Kurang gula - hipglisemia
- Masalah hormon seperti Penyakit Addison
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.