
ben
5 tahun
Mengetahui penyakit Fatty Liver Disease
saya lelaki berumur 20-an ingin mengetahui apa itu Fatty Liver Disease. Apakah sebab berlakunya penyakit ini, tanda penyakit dan kaedah rawatan untuk Fatty Liver Disease ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, Fatty Liver Disease (FLD) adalah keadaan di mana lemak membina di hati anda. Fungsi hati secara umumnya adalah membantu badan anda mencerna makanan, menyimpan tenaga, dan mengeluarkan racun. Terdapat dua jenis FLD yaitu alcoholic dan non-alcoholic;
- non-alcoholic FLD bermaksud tiada sebarang keradangan atau kelainan selain hanya ada lemak yang berkumpul di hati anda
- alcoholic FLD biasanya terkait dengan pengambilan alkohol yang banyak sehingga terjadi pengumpulan lemak di hati yang dapat merosakkan organ tersebut
Untuk mengetahui maklumat lanjut, atau sekiranya anda telah didiagnosis dengan penyakit ini, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.