
Sulit
4 tahun
Mengetahui tarikh period selanjutnya setelah cucuk perancang kali ke-2
Saya cucuk perancang kali ke-2 , period start 18/1/21 berlarutan sampai hari ni. Saya nak tau period bulan 2 akan start pada tarikh 18/2 jugak ka? Saya keliru sebab nak solat akan jadi masalah dak? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu darah haid yang keluar selama tiga bulan. Memandangkan anda mempunyai sejarah mengambil suntikan perancang, besar kemungkinan keadaan ini disebabkan faktor tersebut kerana suntikan tersebut mempunyai kesan samping haid yang tidak teratur bagi sesetengah wanita.
Bagaimanapun, masalah haid yang berpanjangan boleh disebabkan oleh beberapa perkara lain, antaranya ialah:
- Berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Sekiranya gejala ini berterusan dalam jangka masa lama yang panjang, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi mengenalpasti punca masalah yang dihadapi agar mendapatkan solusi yang terbaik. Hal ini juga boleh mengelakkan risiko anaemia atau kurang darah merah yang akan menyebabkan keletihan.
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat serta pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih