
Sulit
5 tahun
Menggigil dan batuk selepas pulang dari cairo
Suami saya baru pulang dari egypt 5 hari lepas… Dia mengalami batuk2 dan telah membuat saringan di Klinik kesihatan… Hari ini adalah hari ketiga selpas saringan… Suami saya mengadu mengalami rasanervous dan shaky hand… Apa yg oerlu saya buat keranaresult belum keluar? Dan sekiranya suami saya lositif, bagaimana saya dan anak2? Kami perlu ke klinik sekali? Suami saya self quarantine di bilik berasingan sejak pualng.

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Untuk makluman anda, batuk boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan termasuklah:
- radang tonsil
- radang sinus
- dehidrasi
- cuaca panas
- jangkitan virus/kuman
Keperluan ujian saringan COVID-19 adalah bergantung pada risiko jangkitan. oleh itu, Suami anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatannya berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini suami anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Jika suami anda didapati positif, anda sekeluarga akan disaring. Bagi mengurangkan risiko, anda dan anak-anak harus mengasingkan diri daripada suami anda.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini