
Sulit
4 tahun
Menghadapi penyakit tulang belakang sejak berumur 11 tahun dan kini berumur 17 tahun
Saya menghidap penyakit scoliosis sejak di bangku sekolah ,iaitu pada umur 11 tahun. Saya telah habis membuat temu janji bersama pakar beberapa tahun yang lalu,kerana saya tidak menghadapi scoliosis yang serius.Persaoalan saya, adakah scoliosis akan baik sendiri ? atau kekal selamanya ? kerana tiada saranan doktor untuk melakukan sebarang pembedahan atau memakai alat membantu meluruskan tulang belakang.Boleh ke tulang belakang saya kembali seperti orang normal tanpa pembedahan atau menggunakan peralatan untuk meluruskan tulang belakang?Apakah yang doktor boleh sarankan untuk saya lakukan?Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, scoliosis tidak boleh sembuh dengan sendiri. Ia adalah penyakit yang berterusan. Scoliosis di peringkat ringan, langkah yang terbaik adalah untuk memantau dulu perkembangan keterukan tulang belakang anda.
Disebabkan saya tidak dapat melihat sendiri kondisi anda, saya tidak boleh memberikan nasihat yang anda perlukan kerana rawatan scoliosis bergantung pada keterukan tulang belakang anda. Iaitu sama ada di peringkat ringan, sederhana ataupun teruk.
Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor jika anda mengalami gejala seperti, sukar untuk bernafas, sukar tidur malam ataupun kesakitan yang teruk.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.