
shamiraz20193
5 tahun
Menghindari mengandung
Saya Mira 27 tahun. Sy belum berkahwin tapi sy sudah melakukan hubungan seks dengan psgn sy, sy sgt2 menyesal dgn perbuatan sy. Sy ingin brtnya bagaimana nak tahu adakah sy akan hamil atau tidak.
Kerana semasa sy terlanjur bersama nya dia langsung tidak memakai ape2 protection dn dia lepaskan nya dlm kemaluan sy, ketika itu saya baru shj lps period (dlm tempoh subur).
Jika bln dpn sy still dtg period (sy terlanjur dgnnya pd bulan ini). Bermkna sy tidak hamil kan.? Maksud nya sperm nya tidak lekat kn?
Boleh doktor terangkn secara terperinci secara keseluruhannya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tempoh subur bermaksud organ reproduksi anda melepaskan ovum. Seandainya sperma bertemu dengan ovum, akan terjadi proses persenyawaan. Persenyawaan adalah kesatuan telur dan sperma ke dalam sel tunggal, yang berlaku di dalam tiub fallopian. Dalam beberapa hari akan datang, sel tunggal akan dibahagikan kepada beberapa sel. Pada masa yang sama, sekumpulan kecil sel ini akan membahagi dan bergerak melalui tiub fallopian ke lapisan rahim. Di sana ia menanam (implantasi) dan mula berkembang. Dari implantasi ia menjadi embrio, kemudian menjadi janin.
Haid pula adalah perdarahan yang terjadi apabila telur tidak disenyawakan dengan sperma lelaki. Maka, kehamilan tidak berlaku sehingga lapisan rahim rusak dan mengalir keluar dari badan melalui vagina anda. Pembebasan darah dan tisu dari lapisan rahim inilah yang dikenali sebagai menstruasi (haid).
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.