
Sulit
5 tahun
Mengikuti Latihan di Romania
Saya adalah urusetia bagi satu program latihan kepimpinan dan pengurusan yang akan berlangsung di Timisoara,Romania mulai 5 April - 12 April 2020. Program ini akan melibatkan 22 orang penyertaan dari pelbagai agensi. Antara destinasi terlibat sepanjang program ini selain Timisoara, Romania termasuklah Dhoha dan Munich (transit) dan Budapest. Soalan saya :
- Adakah masih selamat untuk ke negara/tempat seperti yang dinyatakan?
2.Jika program ini berlangsung seperti yang dirancang, adakah kami semua terlibat dengan kuarantin 14 hari selepas kembali ke Malaysia?
- Jika kami perlu dikuarantin, adakah tempoh kuarantin tersebut adalah menolak cuti rehat atau dikategorikan sebagai cuti tanpa rekod?

5 tahun
Hai.
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID19. Setakat ini tiada sekatan untuk berkunjung ke negara seperti yang anda nyatakan. Terdapat risiko untuk dijangkiti COVID19 memandangkan wabak ini sedang berleluasa.
Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Bagi sesiapa yang telah berkunjung ke luag negara dan memiliki gejala COVID19 seperti batuk,demam,sukar bernafas dan selesema, mereka disarankan untuk kuarantin selama 14 hari selepas pulang.
Kami tidak boleh mengulas lebih lanjut samada tempoh kuarantin tersebut akan dikira sebagai cuti rehat atau cuti tanpa rekod. Anda perlu merujuk hal tersebut pada Jabatan Sumber Manusia di pejabat anda.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini