
Sulit
5 tahun
Mengurangkan kelajuan jantung & pertanyaan tentang jantung
Hi, saya berumur 27 tahun perempuan. Resting heart rate saya 85 yang membuatkan setiap kali nak tidur malam xselesa sebab saya boleh rasa degupan jantung laju. Boleh saya dapatkan nasihat macam mana untuk kurangkan kelajuan jantung saya?
Saya dah pernah pergi hospital untuk check jantung sebab dada saya pernah rasa sesak(for few seconds and pernah beberapa minit & pernah jugak rasa mcm denyut yg mcm ngilu utk beberapa minit( xsure sebab angin or something else).
Adakah sebab kandungan potassium terlebih tinggi ataupun sebab sebab injap jantung bocor sedikit (keputusan kesihatan saya)yg mana doktor ckp tidak perlu risau sbb terlalu ckit.
Thank you.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, degup jantung normal manusia dewasa secara puratanya adalah antara 60-100 degupan seminit. Sekiranya degupan jantung anda dalam lingkungan kiraan ini, maka degupan jantung anda adalah normal. Namun, terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan degup jantung laju adalah:
- hipertiroid
- akibat pengambilan minuman berkafein seperti kopi atau teh
- akibat minuman alkohol
- akibat ubatan dan herba
Simptom yang merbahaya dan memerlukan perawatan segera adalah sesak nafas, pening, pengsan/hampir pengsan, sakit dada keterlaluan dan kelemahan secara tiba-tiba. Seandainya gejala yang berlangsung dapat menganggu rutin harian anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link di bawah untuk bercakap dengan doktor jantung kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!