
Sulit
4 tahun
Mengurangkan ketinggian badan
bolekah saya mengurangkan ketinggian badan saya kerana saya selalu di buli “tiang elektrik” kerana ketinggian badan saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda. Buat pengetahuan anda, ketinggian ditentukan oleh pelbagai faktor seperti genetik, keadaan sekeliling serta nutrisi, Buat masa sekarang tidak ada kaedah untuk mengurangkan ketinggi dan pada pendapat saya tiada keperluan untuk anda mengurangkan ketinggian anda.
Nasihat saya, jangan menyerah dengan pembuli yang mengejek keadaan anda. Setiap manusia dicipta sebaik-baiknya oleh tuhan dan tiada yang berhak mengejek. Biarkan orang yang mengejek anda dan tumpukan fokus anda dengan aktiviti atau perkara ang lebih berfaedah dari melayan perkara sia-sia seperti itu.
Anda sempurna seperti mana anda sekarang. Percaya dengan itu dan bukannya ejekan orang lain. Namun, sekiranya anda berasa tertekan dengan ejekan dan pembuli, saya sarankan untuk anda bercakap dengan seseorang yang anda percaya.
Semoga anda tetap kuat dan percaya pada diri sendiri. Terima kasih.