
hazimhamisan03
5 tahun
Meniscus injury selepas bersukan bola sepak
Hi saya lelaki umur 22 . Saya mendapat meniscus injury yang tak berapa serius 18/2/2020 dan selepas dari injury tu lutut saya membengkak dan saya pergi ke klinik docter memberitahu yang meniscus saya injured dan docter memberi ubat . Beberapa hari saya sukar untuk berjalan, selepas seminggu baru boleh berjalan sedikit demi sedikit dan beransur pulih dan sekarang saya sudah boleh jalan seperti sedia kala tetapi kaki saya tidak dapat fully lipat . Saya nak mintak pendapat docter bolehkah saya jogging slow seperti berjalan untuk mengeluarkan peluh ? Atau pun docter tidak sarankan untuk saya membuat demikian.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda boleh berjalan pantas untuk mengeluarkan peluh. Aktiviti yang lebih berat mungkin tidak disarankan. Anda boleh merujuk semula perkara ini kepada doktor yang merawat anda. Hal ini kerana beliau boleh memberi keterangan yang lebih spesifik selepas membuat penilaian dan pemeriksaan ke atas anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.