nonikolong
4 tahun
Menjadi kehijauan. Friday ini I nak jumpa doctor swsta.. Doctor swsta kebanyakan orang Gina.. Bagai mana nak terang kan dengan doctor penyakit masalah keputihan… Dan boleh tak jumpa doctor yang pernah keluar kan baby I time beranak
Saya wanita umur 24… Anak dua…
Dan bersuami…
Masalah keputihan berbau… Kehijauan… Tolong reply I… Maaf saya tak tahu berkata. Friday ini I nak jumpa doctor swsta… Doctor swsta kebanyakan orang Chinese… Jadi macam mana nak terang kan kepada doctor masalah keputihan apa ka nama boleh disebut kan bagi doctor faham penyakit keputihan… Dan boleh tak jumpa doctor yang keluar kan baby… First time kena seperti ini so tak tahu nak jumpa doctor yang mana…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda keputihan juga dipanggil ‘vaginal discharge’. Puan boleh gunakan terma itu dan huraikan butirannya seperti ‘greenish vaginal discharge’ dan sebagainya berdasarkan soalan doktor sewaktu konsultasi.
Masalah seperti ini selalunya diselesaikan oleh doktor pakar sakit puan yang turut menguruskan ibu hamil dan proses bersalin. Mereka dikenali sebagai ‘Obstetrician & Gynaecologist’.
Puan boleh berjumpa doktor yang terlibat sewatu bersalinkan anak puan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.