
Sulit
4 tahun
Menjalani ujian pap smear
Pada minggu lepas, doktor telah memberikan norethisterone bagi menghentikan haid saya yang berpanjangan (lebih sebulan). Doktor juga telah mengarahkan saya untuk kembali ke klinik 3 - 4 hari setelah haid berhenti untuk menjalani ujian pap smear. Pendarahan saya baru berhenti semalam dan saya telah mengadakan hubungan seks pada hari ini. Difahamkan, saya tidak boleh mengadakan hubungan seks 2 hari sebelum ujian pap smear, adakah ini mengganggu kiraan hari untuk menjalani ujian pap smear dan saya perlu menangguhkan kembali selama 3 - 4 hari?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, Pap Smear merupakan sejenis prosedur siasatan kesihatan yang melibatkan pengambilan sampel sel atau tisu daripada ruangan vagina dan serviks bagi mengesan kanser serviks daripada hasil keputusan makmal. Terdapat dua langkah berjaga-jaga yang perlu diambil bagi mendapatkan keputusan yang tepat dan maksima iaitu:
- Tidak melakukan seks dalam tempoh 24 jam sebelum melakukan ujian Pap smear ini, termasuk memasukan bahan asing dan sewaktu dengannya. Ini akan menyebabkan sampel tisu serviks atau vagina yang mengandungi sel-sel kanser tersebut akan terhakis.
- Tidak mengambil ujian tersebut ketika pada waktu kedatangan haid.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Menurut situasi anda, ujian Pap smear boleh diteruskan sekiranya kriteria-kriteria diatas telah dipatuhi bagi mendapatkan keputusan ujian yang sah. Namun, tempoh masa aktiviti seks yang dilakukan seperti yang diperihalkan di atas tidak semestinya 100% akan memberikan keputusan yang sah dan masih terdapat risiko bahawa keputusan Pap smear itu akan menjadi negatif atau positif palsu.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.