
ummi_amirah93
5 tahun
Menjemput ahli keluarga dari Qatar
Saya Ummi Amirah berumur 27 tahun beralamat di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai,Johor. Adalah memohon beberapa persoalan berkaitan prosedur yang perlu saya ikuti dan ketahui bagi menjemput 4 orang ahli keluarga saya di KLIA yang akan tiba pada 21 Mac 2020 @3.00pm?. Untuk makluman, penerbangan mereka adalah daripada Qatar dan saya terus menuju pulang sejurus selepas menjemput mereka. Maklumbalas positif dan kadar segera dari pihak doctoroncall amatlah saya hargai. Ia bertujuan persediaan saya menuju ke KLIA pada esok pagi menaiki kereta persendirian.
Terima kasih.
Ummi Amirah - 0136938169

5 tahun
Salam sejahtera,
Berdasarkan garis panduan terkini, barang siapa yang kembali dari luar negara hendaklah menjalani kuarantin kendiri di rumah. Bagi yang menunjukkan simptom jangkitan, mereka dikhendaki untuk melakukan saringan jangkitan ini.
Ketika menjemput mereka pulang, pastikan anda mengamalkan langkah pencegahan yang sepatutnya dan mengamalkan ‘social distancing’.
Mereka digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan mereka berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini, mereka akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini