
Sulit
3 tahun
Menngung selepas divaksin dos 1
Saya baru lepas dapat vaksin sinovac dos pertama. Tapi selepas itu saya dapat tahu saya mengandung. Adkah menjejaskan kandungan sy

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Untuk makluman anda, vaksin Sinovac adalah selamat digunakan untuk ibu mengandung. Vaksin ini diberikan dalam minggu 14-33 kehamilan. Vaksin ini tidak diberikan awal sebagai salah satu langkah untuk mencegah masalah perkembangan janin. Memandangkan anda mendapat tahu anda mengandung selepas pengambilan vaksin, anda tidak perlu risau kerana vaksin ini mengandungi virus yang telah dimatikan, menjadikannya lebih selamat. Anda boleh mengambil suntikan dos kedua selepas minggu 14 kehamilan.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi talian JKJAV di 1800-888-828 atau anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini