
Sulit
4 tahun
Menstruasi 2 kali sebulan
Saya wanita, berumur 20 tahun dan bujang.
Tarikh menstruasi saya yang lalu adalah pada 18/2 sehingga 24/2 (7hari). Pada 2/3 (hari ke 13), saya dapati ada sedikit ketulan darah seperti darah menstruasi. Pada 3/3 pula (hari ke 14), ada lagi darah menstruasi tersebut, tetapi lebih banyak berbanding hari sebelumnya. Didapati darah tersebut seperti darah menstruasi seperti hari pertama, iaitu berwarna merah, dikuti sedikit lendir berwarna putih.
Saya risau sekiranya darah menstruasi ini adalah darah penyakit. Apakah solusi saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!