Sulit
3 tahun
Mental dan desperation
Hi , saya beruasia 23tahun . Sudah berkahwin. Mempunyai anak 2 yg masih kecil. Saya pernah buat ujian onlineujian saringan minda sihat. Dan keputusan sangat teruk.sekarang saya dah rasa geram. Cepat marah. Bila anak tak sengaja kena saya mean bagi sakit. Saya akan terus narah. Bila menyusu badan pulak saya akan rimas kadang sampai cubit mereka. Saya buntu nak buat macam mana. Saya rasa dah tak dapat kawal kemarahan kepenatan dan lain lain. Saya juga rasa takada siapa boleh bantu. Kadang tu saya rasa saya ni macam dah mula sakit mental. Kejap okey kejap marah . Bantu saya .
3 tahun
Terima kasih atas soalan berikut,
Merujuk kepada keluhan yang anda rasai, masalah ini boleh disebabkan kemurungan namun terdapat diagnosis lain yang perlu untuk dipertimbangkan yang mana menyumbang kepada permasalahan yang sedang anda hadapi iaitu:
- Gangguan penyesuaian juga dikenali sebagai adjustment disorder
- Keresahan dan kebimbangan umum juga dikenali sebagai anxiety
- Gangguan hormon seperti tiroid
- Masalah kekurangan vitamin seperti vitamin B
- Akibat sesetengah jenis ubat-ubatan
- Penyakit autoimun dengan gejala mirip kemurungan seperti pada
- Gangguan mood
Buat masa sekarang, antara langkah yang boleh anda lakukan sekiranya anda mengalami gejala sesak nafas apabila terlalu emosi adalah, deep breathing .
- Duduk atau berbaring dalam keadaan selesa.
- Letakkan sebelah tangan di perut di bahagian bawah tulang rusuk anda dan sebelah tangan yang lain di dada anda.
- Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung anda, dan biarkan perut anda kembung dan pastikan dada anda tidak bergerak.
- Hembus nafas melalui bibir yang dikerutkan seolah-olah anda bersiul. Rasakan tangan di perut anda menurun ketika perut anda kempis, dan gunakan tangan untuk mengeluarkan semua udara keluar.
- Lakukan pernafasan ini 3 hingga 10 kali secara perlahan-lahan
Memandangkan keluhan ini sepertinya telah berjalan lama, ketahuilah bahawa untuk setiap penyakit yang tersenarai diatas, ada ubatnya. Buat masa ini, anda adalah digalakkan untuk merujuk ke doktor agar dapat diberikan diagnosis yang benar seterusnya ubat dan terapi dapat dimulakan dengan segera. Hal ini adalah penting untuk diatasi agar masalah tidak memburuk dimasa hadapan.
Nasihat saya agar anda melakukan kunjungan ke klinik kesihatan terdekat dan dapatkan temujanji bersama doktor pakar dan kaunselor. Disamping itu, seandainya anda berasa memerlukan sahabat atau teman untuk berkomunikasi, silakan menghubungi Befrienders Kuala Lumpur di talian 603-79568145 secara percuma dan sulit.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.