
Sulit
4 tahun
Menunggu result swab test
Adik sy sudah di swab test pada hari sabtu 17/4 kerana ada kontak rapat dengan rakan sekelas positive covid namun dia masih belum mendapat result sehingga sekarang. Kami sekeluarga telah mengasingkan diri sejak tarikh tersebut. Sy perlu masuk kerja jadi sy telah membuat rtk dan resultnya negative dan sy tidak pasti jika sy boleh masuk kerja seperti biasa. Pada pendapat doktor adakah sy perlu menunggu result adik sy keluar dulu sebelum masuk kerja atau boleh masuk kerja macam biasa?

4 tahun
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kerisauan anda terkait wabak yang kita alami sekarang, lebih-lebih lagi berkenaan situasi kontak rapat dengan pesakit positif COVID-19
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Untuk pengetahuan anda, proses hasil tes swab lazimnya memerlukan waktu sekitar 3 hari, namun oleh kerana peningkatan kes harian yang terlampau tinggi di beberapa kawasan baru-baru ini, kemungkinan waktu hasil ujian saringan akan sedikit lama dari kebiasaannya.
Untuk mengetahui apakah situasi anda (setelah berusha melaksanakan penjagaan jarak hatta dirumah sendiri serta melakukan ujian saringan rapid) justeru memperbolehkan anda untuk pergi bekerja, saya menyarankan agar anda merujuk pusat rawatan yang berdekatan untuk maklumat yang lebih komprehensif. Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, tetap lakukan kebersihan tangan sekerap mungkin, jauhi diri dari ahli keluarga atau rakan serumah buat sementara waktu dan patuh dengan SOP PKP sesuai garis panduan KKM.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Namun secara umumnya saya menyarankan agar anda berbincang dengan majikan agar memberi pertimbangan terhadap anda, memandangkan situasi yang dialami saat ini, seterusnya berhubung dengan pusat saringan agar dapat menyegerakan hasil swab test (adik anda) tempoh hari.
Saya juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini