
Sulit
3 tahun
Menurunkan berat badan dengan duromine
saya wanita berumur 20 tahun, saya memiliki bmi 30.4 dan obese. Berat saya 76kg, tinggi158cm. Saya merancang untuk mengambil ubat duromine untuk membantu saya menurunkan berat badan. Berdasarkan kebayakkan article yang saya baca, duromine hanya boleh diambil dengan consultation doctor sahaja. Jadi saya ingin mengetahui cara-cara selanjutnya dan info yang lebih detail berkaitan ubat duromine dengan ikut sesuai dengan umur berat dan tinggi saya.

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda ingin mengetahui tentang ubat duromine untuk menurunkan berat badan. Kami akan cuba membantu anda.
Seperti yang anda sedia maklum, ubat ini hanya boleh diberikan dengan preskripsi doktor. Ubat ini mengandungi bahan aktif Phentermine yang menyerupai amfetamine. Ubat ini biasanya diberi sebagai tambahan kepada cara-cara mengurangkan berat badan lain seperti pelan pemakanan rendah kalori dan senaman. Penggunaan ubat ini boleh mengurangkan selera makan.
Antara kesan sampingan ubat ini adalah :
- Loya dan muntah
- Cirit-birit
- Mulut kering
- Sembelit
- Perubahan pada deria rasa
- Kegatalan kulit
- Masalah ereksi
- Tekanan darah tinggi
- Kesukaran tidur
Kami amat menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor jika ingin mengambil ubat ini untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda. Doktor anda boleh membantu anda dalam mengurangkan berat badan. Anda boleh mendapatkan konsultasi peribadi secara atas talian bersama doktor kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.