
Sulit
4 tahun
Menyucuk di perut sebelah kanan
saya wanita umur 33 tahun…dekat setahun rs menyucuk di perut kiri…dh scan dr ckp angin…mkn ubt angin still x ok…then ada buat x ray…dr nampak najis berkumpul byk di sebelah kiri…dr ckp sy sembelit…yg sy mushkil setiap hari saya akan buang air besar tanpa ada mslh…dr bg sy ubat sembelit…
soalan sy…wlupun setiap hari buang air besar tanpa mslh pun still ada sembelit? bahaya ke?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Pihak kami percaya doktor tersebut telahpun melakukan pemeriksaan yang sewajarnya keatas diri anda, disini kami nasihatkan anda untuk mematuhi nasihat dan panduan yang telah diberikan oleh doktor. Sekiranya masalah ini bertambah serius, anda disarankan untuk berjumpa semula dengan doktor tersebut bagi mendapatkan rawatan susulan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit perut di bahagian kanan yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Penyakit radang pelvis
- Radang apendiks
- Ovulasi/kehamilan ektopik/endometriosis
- Penyakit radang usus
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
Anda disarankan untuk ke klinik dengan segera jika mengalami gejala-gejala seperti ini:
- Hilang selera makan
- Loya
- Muntah
- Cirit-birit
- Sembelit
- Ketidakupayaan untuk kentut
- Perut kembung
- Demam
- Kekejangan perut
- Sakit semasa membuang air kencing
Jika anda mengalami kesakitan yang semakin teruk di bahagian perut harus mendapatkan perhatian perubatan dengan segera. Untuk mengetahui punca sebenar masalah anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih