
Sulit
5 tahun
Merancang kehamilan dan tips untuk hamil
Saya wanita berusia 25 tahun baru sahaja berkahwin dalam 5 bulan. Saya dan suami hidup PJJ. Kami merancang menginginkan zuriat secepat yang mungkin. Selepas habis haid pada hari ke 14 saya dan suami akan bersama tetapi hanya dalam masa sehari shj disebabkan suami perlu pulang utk bertugas. Selama ini haid say sentiasa teratur tak pernah mengalami sebarang masalah. Terdapat 2 bulan ini haid saya datang ontime tetapi warna haid dari awal sampai habis tarikh berwarna kehitaman dan coklat tetapi tiada bau. Dan sekarang pon sama jugak masih berwarna coklat tetapi saya tidak mengalami sakit apa2 cuma sblm 3 hari sebelum haid saya mengalami cramp di bawah bahagian perut sebelah kanan. Adakah saya mempunyai masalah kesuburan? Saya dan suami inginkan zuriat.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pendarahan berwarna coklat yang anda alami boleh disebabkan:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Bagi meningkatkan peluang untuk hamil, anda dan suami boleh bersama 10-14 hari selepas hari pertama haid anda kerana pada waktu tersebut peluang ovulasi dan rahim lebih subur adalah tinggi. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.