Sulit
4 tahun
Merancang kehamilan kerana sukar hamil,
Saya seorang isteri yg bkerja, tlah brkhwin slame 16bulan, tempoh period sy 30 hingga 38 hari, saya belum prnah hamil dan merancang untuk hamil, sy bru habis makan asid folik dan fish oil slama 3blan,tp blm jugak hamil… dan skarang sy mkan supplemen shatavari dri himalaya untk ksihatan sy…adakah period sy tdak nrmal punca sy sukar hamil,? Ada tips atau supplemen yg perlu sy ambil agar sy cepat hamil,
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kehamilan.
Untuk makluman anda, masalah sukar hamil boleh disebabkan banyak perkara. Malahan lelaki juga boleh menjadi faktor seseorang itu tidak hamil. Antara masalah yang boleh menjadi penyebab adalah:
- Masalah hormon
- Masalah anatomi struktur kemaluan
- Penyakit di saluran peranakan
- Endometriosis
- Fibroid
Terdapat banyak lagi masalah lain yang perlu di siasat. Oleh itu saya sangat menyarankan anda untuk ke klinik atau hospital untuk berjumpa dengan doktor bagi penerangan dan pemeriksaan lanjut. Memakan suplemen semata mata tanpa mengetahui punca sebenar adalah sia-sia. Saya juga menyarankan suami anda untuk melakukan pemeriksaan kesuburan di klinik.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.



































