Sulit
3 tahun
Merancang kehamilan untuk persediaan perkahwinan
Saya berumur 38 thn dan akan berkahwin tidak lama lagi untuk perkahwinan kedua. Sebelum ini saya sudah memiliki 2 orang anak lelako. Disini saya ingin minta pendpt folid asid apa yg sesuai utk saya ambil sebagai langkah awal untuk hamil memandangkan umur saya sudah hampir 40 thn
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, folic acid diberikan untuk wanita yang merancang untuk hamil bagi membantu mencegah kecacatan otak dan tulang belakang janin yang dipanggil neural tube defects. Untuk mengurangkan risiko kecacatan janin, rekomendasi sebaiknya adalah untuk memulakan pengambilan folic acid sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum hamil. Anda disarankan untuk mendapatkan asid folik 5mg.
Untuk info dan maklumat tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.