Sulit
6 tahun
Merancang keluarga untuk mencegah kehamilan
saya nak tanya, saya baru saja makan pil perancang keluarga, selepas saya memakan pil merancang keluarga,2 3 hari macam tu saya terus bersama pasangan adakh risiko hamil tinggi?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, risiko kehamilan jika anda mengambil pil perancang ialah 1%. Jika anda mengambil pil tersebut dengan baik, risiko tersebut tidak akan meningkat.
Walaupun ubat ini boleh didapati di farmasi, saya cadangkan agar anda mendapatkan rujukan lanjut tentang keperluan untuk anda mengambil ubat ini kerana ubat ini boleh memberi kesan sampingan dan terdapat beberapa perkara yang perlu diperiksa seperti tekanan darah, dan sejarah kesihatan anda.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































