
Anonymous
5 tahun
Merancang mengandung dan Cara mengira hari ovulasi
Saya umur 23 tahun baru berkahwin pada bulan 3, saya Agak confiuse tentang ovulasi ni, dan pengiraan hari datang bulan saya, bagaimana nak kira. Period saya 1-7 hari, adakah dari 1-7 dan esok nya hari kelapan dan seterusnya sampai ke hari 14 itu hari ovulasi? Harap membantu, terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Masa terbaik untuk hamil
Anda kemungkinan besar akan hamil jika anda melakukan hubungan seks dalam sehari atau lebih pada fasa ovulasi (melepaskan telur dari ovari). Ini biasanya kira-kira pada 14 hari selepas hari pertama haid (jika kitaran anda adalah sekitar 28 hari).
- Satu telur kekal selama 12-24 jam selepas dibebaskan. Untuk kehamilan, telur mesti disenyawakan oleh sperma dalam masa ini.
- Sperma boleh hidup sehingga 7 hari di dalam badan wanita. Oleh itu, jika anda telah melakukan hubungan seks pada hari-hari sebelum ovulasi, sperma akan mempunyai masa untuk pergi ke tiub fallopi untuk sementara menunggu telur dikeluarkan.
- Sulit untuk mengetahui dengan tepat bila ovulasi berlaku, melainkan anda mengamalkan perancangan keluarga semula jadi, atau kesedaran kesuburan.
- Sekiranya anda ingin hamil, hubungan seks setiap 2 hingga 3 hari sepanjang bulan akan memberikan anda peluang terbaik. Anda tidak perlu menunggu hanya sekitar ovulasi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.