
Anonymous
5 tahun
Merancang until mengandung
Doctor… sy berumur 35 thn dan suami 36thn. Mempunyai sepasang cahaya mata berumur 12 Dan 10 thn. merancang untuk menambah zuriat. Sy adalah bekas pesakit endometriosis dan telah pn menjalani pembedahan pd 2014. Until pengetahuan doctor sy pernah mengalami keguguran pd thn lps usia kndungan 10mgu. Menurut doctor kandungan sy blighted ovum. Adakah sy sbg bekas pesakit endometriosis sukar until mengandung semula memandangkan sy da berusaha 1 thn tp xde rezeki lg. Sy juga pernah check di klinik n scan . Menurut doctor sy xde mslh Dan sy juga pernah mkn ubat subur clomid tp tiada rezeki lg. Ape nasihat doctor pd sy. Dan ape perlu sy buat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, susah untuk hamil boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- ovulasi yang kurang atau tidak teratur
- masalah dalam testis (lelaki)
- masalah dengan organ-organ pembiakan: contohnya parut atau sumbatan tiub fallopi
- masalah hormon terkait kelenjar tiroid atau pituitari
- penyumbatan tiub yang membawa sperma dari testis (lelaki)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.