
Sulit
4 tahun
Merasa lemah dan tiada tenaga walaupun baru lepas bangun dari tidur
Saya remaja berumur 14 tahun pada awal tahun saya selalu rasa berdebar dan selalu ras tidak sedap hati,bulan 9 saya selalu kerap menangis dan berfikir negatif dan selalu dapat sindiran dari family saya,pada satu hari saya tetiba menangis tanpa sebab dan susah untuk berhenti family saya marah sebab saya menangis tanpa sebab,saya ingat lagi saya menangis selama 6 jam, selepas itu semuanya baik baik sahaja tetapi pada bulan 11 sehingga 12 saya baru perasan yang tangan saya menggeletar sedikit dan terasa saya menjadi seperti bulan 9 cumanya saya tak menangis tetapi saya terasa lemah dan tido pula selalu terasa berhalusinasi,kenapa ye doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Berdasarkan keterangan anda, masalah tersebut boleh berpunca oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Mengalami stres dan tekanan emosi
- Badan dan minda yang penat
- Kemurungan atau depression
- Keresahan dan kegelisahan atau anxiety
Tentang halusinasi yang anda alami, kami memerlukan maklumat lanjut daripada anda samada hanya di dalam tidur (mimpi) atau anda mengalaminya secara sedar. Sekiranya anda mengalaminya secara sedar, adalah sebaiknya anda merujuk langsung perkara ini kepada doktor untuk pemeriksaan susulan.
Buat masa ini, anda boleh berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat yang anda percaya bagi meraih sokongan emosi. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan / kerisauan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih