
Sulit
4 tahun
Merasa tekak dan kerongkong panas
assalammualaikum. saya siti nur atikah berumur 19 tahun. semasa saya sendawa saya terasa terbakar di bahagian tekak dan di bahagian kerongkong juaga ianya sama macam pedih ulu hati. ketika saya hendak batuk ianya teramat sakit seperti terbakar. sebelum tu saya ada makan KFC tapi tidak makan yang pedas. selain itu, di bahagian atas dada juga terasa terbakar dan sakit. jadi, saya hendak bertanya apakah punca dan bagaimana hendak pulih? saya minum air putih ianya tidak memberi kesan apa-apa. apakah kesan apabila berlaku seperti ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, masalah-masalah yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara, namun bagi pihak kami, ia kemungkinan besar disebabkan oleh penyakit refluks gastroesofagus atau Gastroesophageal Reflux Disease (GERD). Antara sebab-sebab lain yang boleh menjadi punca ialah:
- Penyakit ulser perut
- Achalasia
- Penyakit keradangan perut
- Ulser duodenum
- Kelumpuhan otot salur perut
- Keradangan pada esofagus (Esophagitis)
- Kanser esofagus
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah anda bagi mendapatkan rawatan yang sesuai dengan menggunakan kemudahan hospital dan nasihat doktor. Kami tidak cadangkan anda untuk merawat gejala ini di rumah.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi atau menghubungi doktor pakar kami atas talian pada link ini (Specialist Booking) bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Terima kasih.