
lydiaabeauty
6 tahun
Mercilon untuk umrah 15/5-26/5
doc . saya belum berkahwin . tapi mahu menunaikan umrah . saya beli mercilon pills . adakah makannya seminggu awal sebelum pergi ? dan cara pengambilannya mengikut hari apa kita start makan ya ? sebab kat pills hanya tulis hari tiada nombor

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Mengenai pengambilan Mercilon untuk ke umrah:
- Sebaiknya 3 hari sebelum jangkaan haid tiba dan berhenti setelah sekembali ke tanah air.
- Jika anda terlupa mengambil pil pada waktu biasa anda, bawa ia sebaik sahaja anda ingat. (Jika anda terlepas lebih daripada satu pil hanya ambil pil terakhir yang anda terlepas.) Ambil pil seterusnya pada masa biasa anda.
Untuk mengetahui maklumat lanjut Mercilon, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.