yaakob
6 tahun
Mereka suruh saya pergi buat ujian
Doktor, saya wanita bekerjaya. Saya selalu balik lewat dan makan lewat malam. Baru-baru ini saya pergi checkup yang company buat untuk staff, tiba-tiba mereka kata gula saya tinggi, mungkin diabetes. Mereka suruh saya pergi buat ujian. Saya risau sebab saya muda lagi, takkan dah kena diabetes? Ini sebab saya tak jaga makan ke?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kencing manis boleh berlaku tidak kira umur. Malah sekarang diabetis kerap kerap berlaku pada anak muda. Diabetis mempunyai banyak komponen puncanya. Antaranya ialah gaya hidup seperti permakanan yang baik dan bersenam. Tetapi dengan mengamalkan cara permakanan yang sihat dan bersenam, ia tidak menjamin bahawa seseorang itu tidak akan dapat diabetis.
Ada faktor lain yang penting yang menyumbang kepada dignosa diabetis termasuklah genetik, obesiti, peningkatan umur, gaya hidup dan etnik. Sebagai contoh, sejarah keluarga yang kuat untuk diabetis adalah salah satu factor yang sangat penting. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna anda akan mengalami diabetis kerana salah satu factor sahaja, ia biasanya kombinasi beberapa factor. Oleh itu, jika anda mempunyai faktor risiko, disarankan untuk memerhati untuk simtom-simtom awal diabetis. Antara simtom-simtom kencing manis termasuklah :
1. Rasa dahaga cepat and kerap (polydipsia),
2. Kerap membuang air kecil
3. Penurunan berat badan
4. Keletihan / kelesuan
5. Penglihatan yang kabur
6. Kegatalan di bahagian peribadi (disebabkan oleh jangkitan)
Simtom-simtom ini boleh berlaku dalam tempoh 4 minggu atau beberapa bulan malah boleh bertahun-tahun pun. Diabetis juga boleh hadir dengan komplikasinya. Komplikasi ini termasuk:
1. Infeksi kulit
2. Kerosakan pada mata di mana ia akan hadir dengan penglihatan yang kurang baik atau dikesan semasa lawatan ke ahli optik. (kerosakan pada saluran darah ke mata)
3. Rasa sensasi cucuk-cucuk atau rasa mati sensasi di kaki (akibat kerosakan saraf). Ini lah sebab encik mengalami masalah rasa kaki cucuk-cucuk. Kurang rasa ini juga boleh menyebabkan luka dan lebam yang tidak diingini berlaku kerana orang itu tidak menyedari luka itu. Selain kebas, kencing manis juga boleh menyebabkan penyembuhan luka yang lambat dan teruk dan ini akhirnya akan membawa kepada jangkitan.
4. Mati pucuk (disebabkan kerosakan pada saraf dan saluran darah)
5. Masalah buah pinggang (pesakit biasanya akan hadir dengan air kencing yang berbuih)
6. Serangan jantung (diabetis meningkatkan risiko serangan jantung)
Sebagai kesimpulan, saya akan mencadangkan anda mendapatkan ujian lanjut dari doktor anda. Hanya sekali ujian dilakukan, diagnose tepat boleh dibuat. Diagnosa awal bermakna rawatan awal dan paling sesuai boleh dimulakan yang akan membuahkan hasil yang lebih baik!
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



























