Anonymous
6 tahun
Meroyan ataupun kemurungan
saya seorang perempuan berumur 19 tahun . anak satu yang tidak sah taraf , dari awal kandungan , saya selalu stress , menangis , malah pernah mencuba untuk mencederakan diri , tapi saya takpernah terlintas untuk mencederakan anak saya . adakah saya alami kemurungan ataupun meroyan ?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah menyesuaikan diri dengan situasi baru (adjustment disorder)
- kemurungan (depression)
- meroyan (post partum psychosis)
- baby blues
- masalah thyroid (hypothyroidism)
Lazimnya, meroyan dan baby blues biasanya berlaku apabila anda telah melahirkan anak manakala kemurungan biasanya mempunyai simptom seperti
- berasa tiada harapan
- biasa diri tidak berguna
- masalah dengan tidur dan selalu terjaga di awal pagi
- mood sentiasa sedih berpanjangan
- menangis tanpa sebab
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih


























