
fifyyhezkiel
5 tahun
Migrain dan mengandung
Saya berusia 34thn, saya menghidap migrain dah lama. masalah nya sekarang adakah selamat jika saya menelan pil caffox utk menghilangkan migrain saya dalam keadaan 5 minggu mengandung (saya baru tahu pasal mengandung). tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, pil caffox adalah tidak selamat untuk digunakan oleh ibu mengandung kerana boleh membahayakan bayi dalam kandungan. Penggunaannya ketika menyusukan anak juga adalah tidak dibenarkan.
Anda dinasihatkan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut agar pihak kami boleh mendapatkan maklumat lanjut dan mencadangkan ubat yang sesuai untuk digunakan ketika kehamilan bagi mengatasi migrain anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.