Sulit

4 tahun

Migrain disertai rasa pedih

Saya berumur 22 tahun dan saya disahkan mempunyai migrain ketika berumur 15 tahun.Sebulan atau 2 bulan sekali saya akan merasai sakit kepala yang teruk disertai rasa pedih dan berdenyut.Apabila saya sakit,saya akan mula merasai pada bahagian kiri kepala,kemudian kanan dan seterusnya seluruh kepala beserta rasa pedih dan berdenyut dan akan menjadi lebih teruk jika saya bangun atau berjalan.Adakah ini migrain biasa atau saya perlu rawatan yang lebih lanjut?Terima kasih.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Untuk makluman, sakit kepala yang anda alami seperti diperihalkan di atas adalah mungkin disebabkan oleh migrain atau sakit kepala ketegangan yang boleh disebabkan oleh faktor-faktor am seperti gangguan stres, kurang tidur, kurang senaman, ataupun salah posisi tidur. Namun, ia juga boleh disebabkan oleh penyakit serius seperti:

  • Jangkitan kuman atau keradangan pada otak ataupun salut otak. Namun perkara ini selalunya akut dan hanya berlaku pada waktu yang singkat.
  • Masalah tekanan darah yang tinggi yang tidak terkawal
  • Penyakit jantung yang boleh menyebabkan gangguan aliran darah ke otak dan kepala.
  • Kembungan salur darah yang berlaku pada kawasan kepala atau otak. Ini boleh disebabkan oleh tekanan darah tinggi yang tidak terkawal
  • Masalah rembesan cecair otak yang berlebihan dan tidak berkawal. Ini boleh berkait dengan gejala keradangan.
  • Kecederaan pada kepala yang mempunyai pendarahan tersembunyi (Hematoma)

Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.

Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan sekiranya perkara ini berlarutan atau semakin teruk, serta jika anda mengalami simptom lain seperti masalah tumpuan, masalah penglihatan, sakit leher, dan juga perasaan ingin pengsan atau tidak sedar. Sementara itu, kami nasihatkan anda untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat, kurangkan stres, serta mendapatkan rehat dan tidur yang mencukupi bagi menangani sakit kepala anda.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.

causes-of-dizziness-after-bariatric-surgery

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)