
Sulit
4 tahun
Migrain & kebas kepala
Saya wanita berusia 28tahun merupakan ibu tunggal anak 2. Saya kerap sakit kepala sehinggakan saya terpaksa makan pain killer & caffox pill utk meredahkan sakit kepala saya. Cuma sejak kebelakangan ini, saya selalu terasa kebas d kepala dan terkadang kepala sebelah kiri seperti urat2 ttarik. What should i do?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, antara perkara yang anda boleh buat adalah:
- duduk dalam bilik yang gelap dan dalam keadaan senyap
- minum minuman mengandungi kaffein
- tidur secukupnya
- bersenam
- elakkan stress
- minum air secukupnya
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor jika simptom anda berpanjangan dan untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.