
Sulit
2 tahun
Migrain, sesak nafas, mual , batuk kering
Sejak berumur 20 tahun saya sering sakit kepala, satu hari sakitnya berdenyut sebelah kanan hingga sebelah kiri, hari esoknya saya akan sakit di bahagian tengah kepala, esoknya rasa seperti mabuk laut. Berlarut pula menjadi sakit di bahagian mata hingga ke belakang kepala. Sakitnya boleh berlarut seminggu. Sehingga sekarang, saya pernah terjatuh sewaktu bangun pagi . Saya juga sukar bernafas dan kadangkala batuk kering. Degupan jantung tidak normal, pernah mencapai 120 ( bacaan di board). Apa harus saya lakukan?

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah kesesakan nafas, batuk kering dan sakit kepala. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- anemia
- migrain
- masalah keresahan
- jangkitan bakteria atau virus pasa sistem pernafasan
- asma
- allergic rhinitis
- pneumonia
- penyakit tibi
Sekiranya gejala ini masih berlarutan, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.