
jueamy
5 tahun
Migraine dan Berak Berdarah
Saya wanita berusia 29 tahun. saya mengalami migraine yang teruk sejak 3 minggu yang lalu dan berterusan hingga ke harini. saya ada mengambil ubat migraine untuk meredakan rasa sakit. hari ini saya buang air besar berserta darah yang agak banyak dan merasa pedih dan sakit dibahagian kiri perut selepas buang air besar. ini baru pertama kali saya mengalami berak berdarah dan saya tidak mengalami sembelit. adakah ini kesan daripada ubat migraine yang saya ambil atau ada komlikasi penyakit lain?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah migraine dan memberak darah ini boleh disebabkan oleh sebab-sebab yang berlainan. Sakit perut dengan berak darah boleh disebabkan oleh:
- Keracunan makanan
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan seperti Ulser usus, Crohn’s disease, Ulcerative colitis atau kanser usus.
Dengan informasi yang terhad ini, agaklah susah untuk pihak kami untuk menentukan sama ada terdapatnya hubungan migraine ini dengan berak berdarah. Pihak kami juga tidak tahu ubat yang anda ambil kerana terdapatlah banyak jenis ubat migraine di pasaran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor kami. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.