
Sulit
3 tahun
Migraine dan gastrik
Saya berumur dalam 36 tahun. Saya ada masalah migraine bila mata saya terdedah pada sinaran lampu dan tambah pula saya ada masalah gastrik.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, Beberapa perkara yang mencetuskan serangan migrain adalah:
- Makanan
- Berkafaen: Coklat, kopi, teh
- Alcohol
- Mengandungi tyramin: Keju, yogurt, kekacang
- Persekitaran
- Rokok
- Bunyi bising
- Cahaya terang seperti dari skrin computer atau TV
- Ubat ubatan
- Pil perancang kehamilan
- Ubat tidur
- Pil yang mengandungi hormon
- Psikologi
- Kemurungan
- Tekanan
- Cemas
- Marah
- Migrain hujung minggu – berlaku ketika keadaan relaks dan tenang
- Lain-lain
- Berbaring sepanjang hari
- Sebelum haid
- Perjalanan jauh
- Senaman
- Orgasma
Selain itu, masalah sakit kepala jenis ini turut mempunyai kaitan dengan masalah obesiti dan keturunan keluarga.
Untuk mengurangkan gejala migrain, anda boleh mencuba untuk:
- Menuam pad pemanas atau pad sejuk pada kepala
- Bernafas di dalam beg kertas – karbon dioksida boleh membantu mengurangkan sakit kepala
- Supplement riboflavin
- Bagi pesakit yang tidak boleh mengambil ubatan atau tidak sembuh dengan ubatan, terdapat sesetengah pengamal perubatan yang menyarankan sesi akupunktur untuk membantu pesakit.
- Bagi wanita yang mengambil pil perancang kehamilan, jenis pil yang sesuai haruslah dirujuk kepada doktor sakit puan anda sekiranya pil yang anda ambil menyebabkan masalah ini.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala