
izzatiatyrah99
5 tahun
Migraine yang teruk dan loya
Seorang lelaki berumur 22tahun mengalami migraine yang teruk hampir 2bulan sakit dan dua tiga hari yang lalu mengalami loya dan muntah adakah ia mengalami masalah berkaitan otak atau sebaliknya.sudah membuat ujian mri ada masih ada lagi appoiment yang perlu di hadiri tapi saya nak tau adakah seriuos masalah yang dihadapi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sakit kepala yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara dan terbahagi kepada dua iaitu primer atau sekunder.
Sakit kepala primer merangkumi migrain, sakit kepala cluster, dan sakit kepala ketegangan. Sakit kepala ketegangan (tension type headache) adalah bentuk sakit kepala utama yang paling biasa diikuti migraine. Migraine ialah masalah sakit kepala yang turut sering dialami umum dan boleh menyebabkan loya atau muntah
Sakit kepala sekunder pula adalah simtom yang berlaku apabila keadaan lain merangsang saraf yang sensitif terhadap kepalanya. Pelbagai faktor yang berbeza boleh menyebabkan sakit kepala sekunder termasuk:
- sakit gigi
- influenza
- dehidrasi
- pendarahan di dalam atau di sekeliling otak
- keracunan karbon monoksida
- glaukoma
- barah otak
Bagi masalah barah otak, ia Memerlukan pemeriksaan lanjut bagi mengenalpasti samada anda mengalaminya atau sebaliknya.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Justeru, adalah digalakkan untuk merujuk doktor gejala anda ini supaya dapat diubati dan agar tidak menganggu kehidupan seharian. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.