
Sulit
5 tahun
Mild pain bahagian bawah rusuk kiri
Anak saya berumur 9tahun, dan sudah 3kali mengadu rasa sakit di bahagian bawah rusuk kiri…hanya mild pain sahaja, tetapi agak membimbangkan ,buat masa ini rasa sakit itu boleh lega bila di letakkan minyak angin.saya ingin membawanya ke pemeriksaan doktor tetapi risau dengan keadaan pkp covid19 sekarang.boleh tak doktor jelaskan punca serta bagi nasihat apa yg perlu saya lakukan jika sakit itu menyerang semula.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca sakit tulang rusuk kiri, antaranya adalah
- Kecederaan yang melibatkan tulang rusuk contohnya:
- tulang rusuk lebam
- tulang rusuk patah
- Kerosakan otot
Costochondritis
Costochondritis ini adalah keradangan rawan pada tulang rusuk. Kebiasaannya, costochondritis akan baik pulih tanpa memerlukan rawatan tetapi ia masih bergantung kepada tahap kesakitan dalam menentukan rawatan perubatan.Pleurisy
Pleurisy adalah keadaan keradangan yang melibatkan lapisan paru-paru dan dada. Keadaan radang paru-paru lain, seperti bronkitis, juga boleh menyebabkan sakit di sekitar sangkar tulang rusuk.
Untuk mengetahui punca masalah isteri anda dan rawatan yang bersesuaian, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini ialah keterangan am. Terima kasih.