
Sulit
4 tahun
Milk booster untuk anak angkat
Hi, may i know milkbooster vitamin, can you suggest for me? Sbb saya dah cuba motilium and nak tambah vitamin lain yg boleh bagi lebih banyak susu

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, antara nutrien yang diperlukan untuk penghasilan susu ibu ialah calcium, zinc, magnesium, thiamin, vitamin B6, vitamin E, folic acid, riboflavin (vitamin B2), phosphorus dan iron. Ianya boleh didapati secara semulajadi daripada pemakanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijiran penuh, produk tenusu, susu kambing, karot putih, daging, ikan, dan kekacang.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.