Zulaikha

6 tahun

Minta pendapatcara merawat tiroid

Hi doktor…saya seorang wanita berusia 24tahun…saya mempunyai tiroid sejak 3 tahun lepas tapi masih belum mendapatkan rawatan…minta pendapat doktor cara merawatnya

Dr Ilias,

6 tahun

Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan tersebut.

Secara umumnya, masalah tiroid diklasifikasikan ke dalam dua jenis, iaitu hyperthyroidism dan hypothyroidism.
Untuk mengenalpasti jenis penyakit dengan tepat, doktor biasanya akan memeriksa tiroid anda dengan teliti dan mengambil sampel darah untuk ujian tahap hormon tiroid. Hyperthyroidism berlaku ketika pesakit mempunyai hormon tiroid yang berlebihan kerana tiroid yang terlalu aktif. Sebaliknya, hypothyroidism ialah suatu penyakit di mana pesakit mempunyai tahap hormon tiroid yang terlampau rendah.

Dalam hyperthyroidism, rawatannya adalah:

  • Ubat tiroid: contoh-contoh ubat ini ialah propylthiouracil dan carbimazole. Selalunya, para pesakit yang mengambil ubat ini dapat merasai kesannya hanya selepas beberapa minggu hingga beberapa bulan. Mereka biasanya memerlukan ubat ini lebih daripada satu tahun.
  • Ubat beta blocker: ubat ini hanya digunakan bagi pesakit yang mempunyai simptom aktif.
  • Iodin radioaktif: iodin yang diminum mempunyai bahan radioaktif yang memainkan peranan dalam mengurangkan hasil hormon daripada tiroid. Ubat ini boleh berada di dalam badan selama beberapa bulan.
  • Pembedahan: Biasanya, para pesakit yang tidak boleh mengambil iodin radioaktif atau ubat digalakkan menjalani pembedahan.

Bagi pesakit hypothyroidism pula, antara simptom yang sering berlaku termasuklah mudah rasa sejuk dan letih, peningkatan berat badan, keserakan suara, kesakitan otot, sembelit, kemurungan dan gangguan haid.
Kekurangan hormon tiroid lebih mudah dirawat jika berbanding dengan hormon tiroid yang berlebihan. Bagi kebanyakan pesakit hypothyroidism, mereka cuma memerlukan ubat levothyroxine, iaitu hormon tiroid sintetik.

Salam sejahtera. Rawatan yang anda perlukan adalah bergantung kepada masalah yang sedang anda hadapi. Pesakit yang mempunyai gangguan tahap tiroid sama ada menghidapi masalah hipertiroid (tahap hormon tiroid yang terlalu tinggi) atau masalah hipotiroid (tahap hormon yang terlalu rendah). Kedua-dua masalah ini memerlukan rawatan yang berbeza.

Rawatan-rawatan bagi masalah hipertiroid bergantung kepada sebabnya. Contoh-contohnya termasuk penggunaan ubat anti-tiroid, terapi radioiodin, pembuangan kelenjar tiroid melalui pembedahan dan juga ubat “beta-blocker” untuk melambatkan kadar jantung bagi mereka yang memerlukannya.

Pesakit hipotiroid dirawat dengan menggantikan hormon yang tidak dapat dibuat oleh kelenjar tiroid menggunakan pil tiroksin sintetik yang mengandungi hormon yang sama seperti yang dibuat oleh kelenjar tiroid.

Anda patut mengunjungi doktor anda untuk diperiksa. Ujian darah akan dilakukan untuk memeriksa tahap “thyroid stimulating hormone” yang akan mengenal pasti jika anda mempunyai masalah hipotiroid atau hipertiroid.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)