
Sulit
3 tahun
Minta penjelasan dan nasihat utk mental
Hi dr,saya perempuan berumur 30 tahun…saya mempunyai impian yang besar waktu zaman sekolahan dahulu. Saya bercita-cita untuk menjadi doktor tapi malangnya saya perlu korbankan impian saya atas sebab2 tertentu…saya selalu memendam perasaan dan sering beralah dengan orang sekeliling membuatkan saya sering dalam kesedihan. Sehingga kini saya sentiasa berfikir dan termenung hingga boleh hilang kewarasan akal,kadang2 menangis tiba2 sebab masih ingat impian saya yg tak tercapai sedangkan saya tahu waktu tak boleh kembali. Saya jadi paranoid, lost,dan menolak untuk berkawan dengan orang-orang yang berjaya…adakah saya termasuk dalam kategori mental illness dan bagaimana saya dapat mengatasi masalah ini memandangkan ia sudah berlaku beebelas tahun lamanya.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas keterangan dan soalan yang ditujukan.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Kami tidak dapat memberikan kata putus mengenai keadaan yang anda alami kerana ia berkaitan dengan masalah mental dan psikologi. Terdapat beberapa perkara yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mengalami masalah seperti yang dinyatakan di dalam ruangan soalan, seperti:
- Stres berlebihan
- Kemurungan
- Kurang rehat
- Trauma dan kenangan pahit pada masa lampau
- Skizofrenia
- Masalah skizoafektif atau skizofrenifiorm
- Penyakit bipolar serta psikosis
- Penyakit kemurungan serta psikosis
Namun begitu ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Anda perlu berjumpa dengan doktor pakar psikiatri atau psikologi segera untuk diperiksa dengan lebih lanjut. Anda tidak perlu risau kerana keadaan ini boleh dirawat dan dikawal sekiranya anda patuh kepada arahan doktor yang merawat anda. Untuk mengetahui anda mengalami kemurungan atau tidak, persoalan lanjut perlu ditanya kepada anda.
Saya sangat menasihatkan anda untuk ke klinik psikiatri atau klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan segera. Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- jauhi makan makanan yang pedas atau yang memperburkkan lagi cirit birit
- minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang di perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diinginkan.