Sulit
2 tahun
Minum air banyak bagi bekas pesakit covid stage 4
doc, betul ke kalau untuk bekas pesakit covid stage 4 tak boleh minum air banyak nanti akan beri effect pada paru paru?
soalan lagi, kenapa bekas pesakit covid stage 4 bila mandi atau terkena air ( contoh situasi : ambil wuduk ) akan rasa penat? mohon pencerahan dari doctor. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kebanyakan pesakit covid stage 4 mempunyai komplikasi pada paru-paru. Oleh itu, untuk mengelakkan paru-paru anda bekerja dengan lebih berat serta untuk mengelakkan daripada terjadinya penyakit seperti paru-paru bengkak, doktor akan menasihatkan sesetengah pesakit untuk mengehadkan pengambilan air. Doktor akan melakukan pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh kepada pesakit covid itu sendiri sebelum menyarankan mereka untuk mengehadkan pengambilan air.
Untuk masalah berasa penat apabila terkena air, sehingga kini belum ada kajian yang membuktikan perkara tersebut.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini