
Sulit
4 tahun
Minum Air Kosong Ais dan Kerap Kencing
Doktor, saya Ammar berumur 29tahun, saya alami kerap kencing dalam tempoh 6 bulan yang lepas hingga sekarang. Keluarga memang ada sejarah kencing manis.
Saya banyak minum air kosong ais (air manis jarang sangat saya minum). Setiap kali saya minum air kosong, saya akan kencing sekurang-kurangnya 2 kali dan warnanya agak putih dan kurang berbau. Lepas kencing, cepat dahaga. Kalau saya berpuasa, memang akan jarang kencing tetapi air kecing akan berwarna kuning dan berbau. Minta Doktor terangkan, Terima Kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala kerap kencing, antaranya:
- Gejala penyakit kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.