
Sulit
5 tahun
Minum kopi selepas makan ubat panadol
Hi doctor nama saya tira umur 20… saya nak tanya apa kesan kepada body saya jika saya minum kopi setelah makan ubat panadol… saya terlupa yang saya baru makan ubat dan saya terminum kopi yang disediakan oleh mak cik saya… saya risau kerana esok saya ada perjalanan jauh.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, tiada interaksi dijumpai antara minuman kopi dengan ubat panadol. Walao begitu, anda juga tidak digalakkan untuk mengambil makanan atau minuman yang mengandungi kaffeine semasa mengambil ubat panadol.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.