
Anonymous
2 tahun
Minum ubat ketika senggugut
Saya wanita berumur 21 tahun … Setiap kali haid … saya akan mengalami senggugut yang teruk … Bagi mengurangi rasa sakit tersebut … Saya minum ubat tahan sakit … selalu dipanggil ubat tahan sakit ponstan … Ada kah ia memberi kesan terhadap haid atau kesihatan saya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, ponstan merupakan sejenis ubat tahan sakit yang juga dikenali sebagai mefenamic acid. Seperti ubatan lain, ubat ini juga mempunyai kesan sampingan.
Antara kesan jangka pendek ubat ini adalah:
- Gangguan pencernaan seperti sakit perut, cirit birit, sembelit, mual dan muntah
- Sakit kepala, pening
- Masalah kulit seperti ruam dan gatal
- Gangguan pengelihatan
- Tidak sesuai untuk digunakan bagi mereka yang mengalami masalah kerosakan buah pinggang, masalah jantung atau ulser perut.
Kesan jangka panjang:
- Ulser perut
- Gangguan terhadap sistem pencernaan
- Gangguan hati
- Terdapat kajian yang menunjukkan penggunaan jangka panjang ubat ini boleh menyebabkan haid lewat
Bagi mengelakkan kesan sampingan ubat ini, anda digalakkan untuk mengambilnya apabila perlu sahaja. Anda juga boleh menggunakan alternatif lain untuk mengurangkan sakit senggugut seperti menggunakan tuaman panas dan mengambil minuman suam seperti lemon dan madu.