
Sulit
3 tahun
Minum ubat turun darah dan jus kuruskan badan
Hi doc, sy da makan 4 pil turun Darah dan jus pelansing badan sebelum itu sy ada check upt dan resultnya -ve, Dan pagi td saya ada check upt sekali lagi dan resultnya positive. Apakah kesan am yg Akan terjadi kepada janin?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Anda bertanyakan tentang kesan pil turun darah dan jus pelansing yang anda ambil terhadap janin. Kami akan cuba memberi penerangan kepada anda.
Tanpa maklumat lanjut tentang pil turun darah mahupun jus pelansing yang anda ambil, adalah sukar untuk kami membuat kesimpulan atau menerangkan kesan pengambilan bahan bahan ini kepada kandungan anda. Namun begitu, anda dinasihatkan untuk berhenti mengambil kedua-duanya serta merta dan datang ke klinik untuk pemeriksaan kehamilan.
Anda dinasihatkan untuk tidak mengambil sebarang suplement atau produk tanpa nasihat doktor.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.