
Sulit
4 tahun
Minuman yg ptut dikonsumsi ketika hipertiroid
Doc apa saja minuman yang ble diambil ketika hipertiroid?ble ka sy mngambil mnuman berasaskn lingzhi seperti kopi lingzhi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami bersimpati dengan masalah hipertiroid yang anda hadapi. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk mengelakkan daripada meminum kopi atau minuman yang mengandungi kafein. Hal ini kerana minuman yang mengandungi kaffein akan memberi kesan buruk kepada masalah hipertiroid anda. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, anda harus mengelakkan makanan yang kaya dengan iodin seperti garam iodin, ikan dan kerang, rumpai laut, makanan atau minuman tenusu, telur kuning. Anda disarankan untuk makan makanan yang kaya dengan kalsium dan vitamin D.
Bagi pesakit hipertiroidisme, metabolisme badan mereka meningkat dan menyebabkan mereka selalu lapar dan perlu makan dengan kerap. Pemakanan yang seimbang digalakkan. Mereka harus mengambil makanan yang rendah kolesterol, makanan berprotein, dan kurangkan pengambilan lemak tepu dan lemak trans.
Pengambilan makanan yang manis harus dikawal kerana pesakit hipertiroidisme mengalami masalah pencernaan gula. Mereka juga perlu meningkatkan pengambilan kalori untuk mengekalkan berat badan yang sihat.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar endocrinologist boleh membantu anda menghadapi masalah tiroid .