
Sulit
5 tahun
Minyak kelapa dara (virgin coconut oil)
Adakah betul minyak kelapa dara elok untuk penyakit jantung?
Apakah kesan sampingan minyak kelapa dara terhadap jantung?
Bagaimana minyak kelapa dara memberi kesan kepada jantung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Minyak kelapa dara dipercayai mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan. Minyak ini mengandungi asid lemak yang meningkatkan HDL (kolesterol baik) dalam tubuh kita yang secara tidak langsung menurunkan risiko untuk masalah jantung.Minyak ini juga dipercayai dapat mempercepatkan proses pembakaran lemak sekiranya digabungkan dengan pemakanan sihat dan gaya hidup aktif. Oleh itu, penjagaan berat badan dapat melindungi jantung kita daripada penyakit saluran darah yang tersumbat.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Anda juga boleh menghubungi farmasi kami melalui aplikasi Whatsapp di talian 010-2721669 atau telefon Hotline EPharma kami di 03-84082006.