teressa

6 tahun

Miss V gatal dan keluar benda putih

Hi doc, saya sering gatal2 2 miggu sebelum menstruasi.Keputihan ada kala jernih tetapi sangat gatal.kadang berwarna krim.Semasa haid dan selepas haid tidak gatal sehingga 2 mggu.Hampir setahun masalah ni berlarutan.Tetapi,Akhir2 ini dalam dua bulan kebelakangan ini kemalauan saya dijangkiti kulat dan mengeluarkan cecair berwarna kuning kehijauan yang banyak dan sangat gatal.Semasa membuang air kecil,akan keluar cecair kental seperti tairu dan susu basi…ia sangat gatal dan tidak selesa.Masalah ini berlaku hampir dua bulan.Perut saya tidak rasa selesa seperti terganggu.Tetapi tidak saya tiada masalah buang air sakit atau pedih.Air kencing pun lawas.Kemaluan saya tidak pedih atau bengkak…cuma gatal dia itu sangat tidak selesa.Apabila bersama tiada merasa sakit.Masalah saya bagaimana untuk hilangkan kegatalan yg dasyat dan hilangkan jangkitan kulat.Terima Kasih.

Dr Ilias,

6 tahun

Hi dan Salam sejahtera, terima kasih untuk soalan anda. Berdasarkan situasi yang anda menjelaskan, saya berpendapat anda menghidapi jangkitan kulat faraj.

Kebiasaanya, terdapat beberapa faktor risiko yang dikenal pasti termasuk penggunaan estrogen secara ubat makan ataupun peningkatan estrogen daripada kehamilan dan obesiti.
Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan.

Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj. Walaupun jangkitan kulat faraj lebih biasa dalam kalangan wanita yang aktif secara seksual, tidak ada bukti bahawa jangkitan itu boleh merebak kepada pasangan semasa bersetubuh. Meskipun begitu, anda dinasihati untuk mengelakkan diri daripada hubungan intim sehingga habis dirawat.

Terdapat beberapa cara untuk merawat keadaan anda. Anda boleh membeli sejenis krim antikulat (Clotrimazole 1% cream 5g) dan menyapu pada permukaan faraj selepas membersihkan dan mengeringkan tempat itu. Krim ini boleh digunakan untuk 7-14 hari. Anda juga digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat. Lebih-lebih lagi, anda juga dinasihati untuk mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi. Saya berharap penjelasan ini dapat membantu anda.

Dr Ramzdhan,

6 tahun

Hai, terima kasih di atas pertanyaan anda.

Antara keadaan-keadaan lain yang boleh menyebabkan keputihan berlaku pada bahagian kemaluan adalah Bacteria Vaginosis yang disebabkan oleh kehilangan keseimbangan di dalam kuantiti bakteria semulajadi yang berada di dalam faraj. Keadaan ini boleh berlaku di sebabkan oleh pengguaan pencuci faraj yang berlebihan atau dikenali sebagai "vaginal douching".

Pertumbuhan kulat juga boleh berlaku apabila keseimbangan bakteria semulajadi di dalam faraj berlaku. Bakteria-bakteria floral normal yang berada di dalam faraj berfungsi di dalam mengekalkan pH asid yang rendah di dalam faraj. Kondisi yang sedikit berasid ini akan mengelakkan daripada sebarang bakteria-bakteria lain, parasit-parasit dan kulat daripada menjangkiti faraj. Penggunaan antibiotik yang berlebihan di dalam sebarang rawatan juga turut akan mengganggu keseimbangan ini.

Namun apabila anda merasa kesakitan pada bahagian bawah perut, kemungkinan jangkitan tersebut telah tersebar. Oleh itu, sangat dinasihatkan supaya anda berjumpa dengan seorang doktor untuk mengenalpasti rawatan yang sepatutnya anda terima.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)