
Sulit
5 tahun
Miss v gatal dan keputihan
hi doktor, saya perempuan berusia 28 tahun. masih belum berkahwin.
untuk masalah saya, dalam 2-3 hari ni miss v saya tiba2 gatal teramat sangat dan saya juga dapati ada perubahan pada keputihan saya. iaitu keluar white discharge yang berketul macam keju tp tidak berbau.
saya ada google pasal jenis2 keputihan dan terbaca pasal jangkitan kulat pada miss v. so saya telah menggunakan ubat Econazine cream pada waktu malam sebelum tidur.
apa yg saya perasan, apabila saya sapu ubat tu, white discharge yg berketul (tp tidak berbau) akan keluar. tetapi apabila saya stop, discharge yg normal seperti putih telur tu keluar.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala keputihan ini boleh disebabkan pelbagai faktor seperti:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria
Bagi mengurangkan gejala yang anda alami, beberapa langkah boleh diambil seperti:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat - seeloknya mendapatkan pendapat doktor atau ahli farmasi mengenai krim dan ubat yang bersesuaian
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.